Jumaat, 23 Mac 2012

DANA PEMBANGUNAN PENDIDIKAN & KEBAJIKAN KAWASAN LARUT (PEMBELA)

''BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU MEREKA''

Bantulah Mereka Yang Memerlukan

''wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah pada jalan allah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu kecuali dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah sesungguhnya allah maha kaya lagi sentiasa terpuji''  -al baqarah: 267

''orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta-minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat satu atau dua suap makanan atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk di beri bantuan.  hadis sahih riwayat imam ahmad

Keperluan Sumbangan Dana:-
1- sumbangan derma, zakat, wang syubhah dan fidyah untuk disalurkan terus kepada fakir miskin, anak yatim dan mereka yang berhak
2- barang-barang mentah seperti beras, gula, tepung dan keperluan dapur
3- membantu pelajar miskin untuk kelas tambahan, pengangkutan, makanan, wang saku, pakaian sekolah serta yuran sekolah
4- skim wakaf tanah bagi perumahan fakir miskin di lot 2692 batu 4 kampung sungai dendang selama perak. satu kaki persegi RM20. sumbangan juga di terima dalam bentuk bahan binaaan seperti batu, simen, besi dan sebagainya
5- sumbangan untuk menaja lembu (satu bahagian = RM400/ kambing (1 ekor = RM650)
6- projek ekonomi golongan miskin seperti modal bengkel jahitan, perniagaan kecil-kecilan, ternakan dan sebagainya
7- qardhul hassan juga boleh diuruskan oleh PEMBELA

sumbangan anda bolehlah  disalurkan dalam bentuk wang tunai, cek. M.O, atau P.O ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad melalui No. akuan 08040010033062 di atas nama DANA PEMBANGUNAN PENDIDIKAN & KEBAJIKAN KAWASAN LARUT

Atau ke akaun MAYBANK No. 558211313164 di atas nama DANA PENDIDIKAN & KEBAJIKAN LARUT

Atau ke akaun MAYBANK melalui No. akuan 558248203951 di atas nama  KUBU GAJAH CARE. Sebarang pertanyaan atau kiriman bolehlah diajukan atau di hantar kepada alamat seperti di bawah:-

DANA PEMBANGUNAN PENDIDIKAN & KEBAJIKAN KAWASAN LARUT (PEMBELA)
NO. 2A, BANGUNAN MDS, KUBU GAJAH,
34130 SELAMA PERAK
TEL: 05 839 1691

''RAKYAT DI HATI ISLAM DI SANUBARI''

Anjuran Unit Kebajikan Dana Pembela


BY: Aqidah Al Najin

SENTUHAN AJAIB NIKON DIGITAL CAMERA D3100 USER MANUAL (basic)

  Sentuhan ajaib Nikon digital camera D3100 user manual (basic) ketika berada di Lake Garden Taiping Perak. Gambar: Aqidah Al Najin 01...