Jumaat, 17 April 2015

RAYUAN PEMBINAAN RUMAH DI TAMAN RAKYAT

Pada 17 April 2015 bermulalah satu projek pertama pembinaan rumah khas buat persediaan menampung keperluan bagi peduduk setempat dan sekitar yang menghadapi kesukaran menyediakan rumah untuk melindungi keluarga di bawah tanggungan (bagi yang terpilih). Projek ini dilaksanakan di tapak Taman Rakyat di Kampung Sungai Dendang.

Projek ini adalah hasil usaha dan buah fikiran dari penduduk tempatan di sini. Setelah beliau yakni Haji Husnee bin Hamdan menyediakan tanah wakaf berkenaan. Sehingga kini (sebelum projek yang pertama ini) telah terbina beberapa bangunan rumah. Haji Husni dan GENG USRAH telah bekerjasama dalam pembinaan rumah tersebut dari segi mengumpul kewangan serta menyediakan tenaga kerja demi menjayakannya.

Anggaran kasar kos pembinaan sebiji rumah sekitar RM45 ribu. Sehingga kini bahan-bahan yang berjaya di kumpul adalah Tiang, 1 pilot bata, 2 lori pasir, sekitar 10 bag simen, kayu bersaiz 1 x 2 namun semua itu masih belum dapat melancarkan pembinaannya.

Kami sedia menerima bantuan dalam bentuk wang ringgit, bahan binaan (besi, batu, simen batu bata, bingkai tingkap, bingkai pintu, syiling, pintu, kayu, aluminum kekuda/gulung-gulung, cermin tingkap, papan, playwood, bata bunga, kipas, lampu, plug, paip pvc untuk paip air dan sebagainya). 

Sebarang temu janji lawatan dan pertanyaan boleh hubungi terus GENG USRAH. Pengerusi saudara Mohd Latif bin Othman (019 5543 471), Setiausaha Abd Razak bin Zakaria ( 017 4226 880) dan Bendahari Mohd Anuar Maarof ( 013 5167 080). Bantuan anda amat kami alukan bagi menjayakan projek berkenaan.

SENTUHAN AJAIB NIKON DIGITAL CAMERA D3100 USER MANUAL (basic)

  Sentuhan ajaib Nikon digital camera D3100 user manual (basic) ketika berada di Lake Garden Taiping Perak. Gambar: Aqidah Al Najin 01...