Ahad, 30 Mac 2014

WAKAF KOMPLEKS TARBIYAH & MAAHAD TAHFIZ WILDAN


Kompleks Tarbiyah dan Maahad Tahfiz Wildan terletak di Batu 4, Kampung Sungai Dendang, Selama di Daerah Larut diasaskan melalui Pertubuhan Pembangunan Pendidikan dan Kebajikan Larut (DANA PEMBELA). Ia merupakan pusat dakwah dan pendidikan bagi masyarakat di sekitar Larut khususnya dan di negeri Perak amnya. Tujuan ia di bina adalah untuk memberi bimbingan melalui kaedah pengajian kitab, hafazan Al Quran, bahasa Arab, fardhu ain, kelas bimbingan muallaf, tadika islam, pondok ummi, pusat latihan kemahiran dan pelbagai kegunaan. 

Kompleks ini juga di bina untuk tahfiz pra sekolah dan sekolah rendah agama. Sasaran pengambilan pelajar akan bermula pada tahun 2014. Pembinaan kompleks ini turut meliputi perumahan fakir miskin, komplek asrama, rumah guru serta kelas pengajian. Kompleks ini akan didirikan di atas tanah seluas empat ekar dan sejumlah RM3.5 juta diperlukan bagi menyiapkan pembinaannya. Jesteru sumbangan Tuan/Puan amatlah dihargai dalam usaha untuk kita membimbing serta berdakwah khususnya untuk masyarakat termiskin di kawasan Larut ini. 

Tuan/Puan boleh menyalurkan terus sumbangan melalui akaun DANA KOMPLEKS TARBIYAH DANA PEMBELA (MAYBANK A/C: 558211313358) 

''Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian, supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).'' -Surah Al Fatir: 29-30 

Tuan/Puan juga di jemput untuk melihat sendiri tapak pembinaan kompleks ini dengan menghubungi wakil kami pada nombor yang tertera di bawah. 

Haji Husni Hamdan (Pengerusi) -019 5591557, Haji Ujar Salleh (Bendahari) -019 5605984. Hasyimah Shaari -013 4080611, Ustaz Nazri Haji Din -016 5033399, Razali Ismail -013 4633281.

Ahad, 15 Disember 2013

(DIHENTIKAN) TALAPIA DI JUAL UNTUK KERJA AMAL

TALAPIA:Produk terbaru dari Dana PEMBELA, Jualan Amal yang mana hasil keuntungannya akan disalurkan kepada Anak-Anak Yatim, Orang-Orang Miskin, Ibu Tunggal, Muallaf dan sebagainya di sekitar Parlimen Larut, Sebarang pertanyaan sila hubungi di No 017 4226880

Khamis, 6 Jun 2013

Jumaat, 17 Mei 2013

(DIHENTIKAN) MUTIARA, SUASA DAN KRISTAL DI JUAL HUBUNGI DI NO 017 4226880


TASBIH
KRISTAL
RM15

BUTANG BAJU
KRISTAL
RM25

BUTANG BAJU
MUTIARA
RM35

GELANG MUTIARA
KANAK-KANAK
RM10

GELANG MUTIARA
KANAK-KANAK
RM15

GELANG MUTIARA
AIR TAWAR
RM55

GELANG
KRISTAL
RM25


BANGLE
MUTIARA DAN KRISTAL
RM65

GELANG KRISTAL
CAT EYE
RM35

BANGLE
KRISTAL
RM35

RANTAI DAN GELANG
MUTIARA AIR TAWAR
DAN KRISTAL
RM230

RANTAI DAN GELANG
MUTIARA AIR TAWAR
DAN KRISTAL
RM180

RANTAI DAN GELANG
KRISTAL DAN MUTIARA
BENTUK S
RM170

RANTAI DAN GELANG
KRISTAL
RM200

RANTAI DAN GELANG
MUTIARA AIR MASIN
RM300

RANTAI SUASA KRISTAL
RM200

Jumaat, 23 Mac 2012

DANA PEMBANGUNAN PENDIDIKAN & KEBAJIKAN KAWASAN LARUT (PEMBELA)

''BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU MEREKA''

Bantulah Mereka Yang Memerlukan

''wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah pada jalan allah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu kecuali dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah sesungguhnya allah maha kaya lagi sentiasa terpuji''  -al baqarah: 267

''orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta-minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat satu atau dua suap makanan atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk di beri bantuan.  hadis sahih riwayat imam ahmad

Keperluan Sumbangan Dana:-
1- sumbangan derma, zakat, wang syubhah dan fidyah untuk disalurkan terus kepada fakir miskin, anak yatim dan mereka yang berhak
2- barang-barang mentah seperti beras, gula, tepung dan keperluan dapur
3- membantu pelajar miskin untuk kelas tambahan, pengangkutan, makanan, wang saku, pakaian sekolah serta yuran sekolah
4- skim wakaf tanah bagi perumahan fakir miskin di lot 2692 batu 4 kampung sungai dendang selama perak. satu kaki persegi RM20. sumbangan juga di terima dalam bentuk bahan binaaan seperti batu, simen, besi dan sebagainya
5- sumbangan untuk menaja lembu (satu bahagian = RM400/ kambing (1 ekor = RM650)
6- projek ekonomi golongan miskin seperti modal bengkel jahitan, perniagaan kecil-kecilan, ternakan dan sebagainya
7- qardhul hassan juga boleh diuruskan oleh PEMBELA

sumbangan anda bolehlah  disalurkan dalam bentuk wang tunai, cek. M.O, atau P.O ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad melalui No. akuan 08040010033062 di atas nama DANA PEMBANGUNAN PENDIDIKAN & KEBAJIKAN KAWASAN LARUT

Atau ke akaun MAYBANK No. 558211313164 di atas nama DANA PENDIDIKAN & KEBAJIKAN LARUT

Atau ke akaun MAYBANK melalui No. akuan 558248203951 di atas nama  KUBU GAJAH CARE. Sebarang pertanyaan atau kiriman bolehlah diajukan atau di hantar kepada alamat seperti di bawah:-

DANA PEMBANGUNAN PENDIDIKAN & KEBAJIKAN KAWASAN LARUT (PEMBELA)
NO. 2A, BANGUNAN MDS, KUBU GAJAH,
34130 SELAMA PERAK
TEL: 05 839 1691

''RAKYAT DI HATI ISLAM DI SANUBARI''

Anjuran Unit Kebajikan Dana Pembela


BY: Aqidah Al Najin

SENTUHAN AJAIB NIKON DIGITAL CAMERA D3100 USER MANUAL (basic)

  Sentuhan ajaib Nikon digital camera D3100 user manual (basic) ketika berada di Lake Garden Taiping Perak. Gambar: Aqidah Al Najin 01...